Thursday, 20 October 2011

Kerjaya Arkitek



Senibina merupakan satu bidang yang menyatukan bidang seni, bidang matematik dan bidang sains. Pekerja di bidang ini yang dikenali sebagai arkitek bertanggungjawab di dalam mereka bentuk bangunan, susunan kawasan Bandar dan luar Bandar, merancang kemudahan asas dan menganggar kos projek.
  Di antara bidang tugas yang dijalankan:
· Mengenalpasti keperluan-keperluan pelanggan seperti peruntukan projek, kegunaan bangunan dan bila bangunan hendak digunakan.
· Menyedia pelan atur dan menentukan ciri-ciri senibina luar, memilih bahan-bahan dan menyediakan pelan hiasan. 
· Menyelaras rekabentuk struktur, mekanik dan elektrik. 
· Menyedia pelan-pelan dan spesifikasi untuk kontraktor dan memastikan bahawa rekabentuk mematuhi undang - undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta mendapatkan kelulusan rekabentuk dan pembinaan dari PBT.
· Memastikan bangunan yang dibina mengikut spesifikasi, kemajuan kerja mengikut jadual dan perbelanjaan projek tidak melebihi peruntukan. 
· Memastikan bangunan yang dibina mendapat kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya.

     Terdapat pelbagai peluang pekerjaan di sektor awam dan swasta bagi kerjaya di bidang ini. Peluang di sektor awam seperti di Jabatan Kerja Raya, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Bandaraya, Perbadanan Kemajuan Negeri dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi. Manakala di sektor swasta kebanyakan peluang pekerjaan terdapat di firma-firma arkitek.
              

Wednesday, 19 October 2011

Kerjaya Jurutera

KERJAYA jurutera penting dan besar kepada kemajuan negara. Tanpa jurutera, siapakah yang akan merancang dan mereka bentuk projek-projek seperti pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang?
Malah tugas mereka meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan.
Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal.
Pengetahuan itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan bahan dan sumber semula jadi.
Mereka perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif.
Pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
Di antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian.


Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini.
Setiap hari, pasti ada syarikat mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbar-akhbar tempatan.
Walaupun kerjaya ini mencabar, ia mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan sekali gus mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan
1. Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa
2. Mempunyai kemahiran komputer
3. Tekun dan bekerja keras
4. Mempunyai keinginan untuk berjaya
5. Seorang yang dinamik
6. Dapat bekerja secara berkumpulan
7. Meminati profesion ini

Kerjaya Guru

Sektor pendudukan adalah sektor pembangunan yang terpenting kerana ia menghasilkan sumber manusia yang menggerakkan pembangunan dalam semua bidang yang lain.  Usaha memperkasa pendidikan guru ke arah pendidikan berkualiti sememangnya melibatkan kriteria pemilihan bakal guru.
 
          Di antara kriteria pemilihan bakal guru ialah penyayang,  berperikemanusiaan, bersopan santun,  bersikap positif,  mempunyai ciri kepimpinan,  berkebolehan berkomunikasi,  beriltizam,  sihat,  bertanggungjawab,  bersifat terbuka,  bertoleransi,  berbudi pekerti,  patriotik dan bersemangat waja.