KERJAYA jurutera penting dan besar kepada kemajuan negara. Tanpa jurutera, siapakah yang akan merancang dan mereka bentuk projek-projek seperti pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang?
Malah tugas mereka meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan.
Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal.
Pengetahuan itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan bahan dan sumber semula jadi.
Mereka perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif.
Pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
Di antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian.

Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini.
Setiap hari, pasti ada syarikat mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbar-akhbar tempatan. Walaupun kerjaya ini mencabar, ia mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan sekali gus mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini.
1. Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa
2. Mempunyai kemahiran komputer
3. Tekun dan bekerja keras
4. Mempunyai keinginan untuk berjaya
5. Seorang yang dinamik
6. Dapat bekerja secara berkumpulan
7. Meminati profesion ini
7. Meminati profesion ini
No comments:
Post a Comment